semenjak berbadan dua ni [badan still satu, tapi dalam perut ada badan lagi satu…maka tak berapa relevan perkataan berbadan dua tu…huhu] selalu sangat cuti sakit.
masa awal-awal dulu adala 2,3 hari mc sebab nak tido je rasa. cakap ngan hub allergic kat office. and hub, being a very good and sweet husband akan kata ok J
lepas tu 2 hari mc sebab sakit belakang. muscle pain doctor kata. sebab stress sangat dengan keje [rasanya bukan stress dengan keje tapi stress dengan orang-orang di tempat keje…hehe…]
yang paling baru jumaat lepas.
takde hujan, takde aircond tiba-tiba je badan menggigil.
balik rumah tido berkelubung bagai.
bangun tido badan jadik sangat panas, gigi pulak berdarah.
terus straightaway jumpa doctor.
berita tak baik – demam panas
berita best – dapat mc
berita tak best – kalau dalam 6 jam tak surut demam / gigi berdarah kena refer hospital sebab takut denggi.
ok. tipu. berita tak best itu adalah berita horror. sebab macam-macam pikir teruk ke effect kat baby nanti.
tapi alhamdulillah, semua ok. walaupun malam tu badan rasa panas lagi tapi da kurang sikit.
doctor yang comel dan baik hati tu siap call lagi malam tu tanya macam mana sume. comelkan doctor tu?
jadi sekarang lili sudah sehat tinggal batuk yang agak horror je. hehe…
tapi kan…
lepas pikir-pikir balik kenapa boleh demam secara tiba-tiba, rasanya salah satu daripada puncanya ialah….
badan terkejut lepas tengok bola dengan azi sebab azi asyik sebut - messi, messi! I love messi!
haha!